RSS

Perfect Pancakes

Pagi ni bersarapan dgn pancakes. Pehh..ala2 hotel la pulak kan? Hahaa..sesekali, melayan tekak yg ngengada nih. Lagipun ni sesuai untuk budak2..[alasan untuk menutup niat sbenar mak budak yg makan pancakes di pagi hari]


Resepi di ambil dari buku Cook's Kitchen Handbook.

Perfect Pancakes
(serves 4-6)
  • 170g tepung gandum
  • 3 tbsp gula halus
  • 2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp garam
  • 2 biji telur
  • 300ml susu segar
  • 3 tbsp butter (di cairkan)
Cara
  1. Campurkan bahan2 kering
  2. Masukkan semua dalam blender
  3. Blend skejap sampai takde tepung berketul2
  4. Panaskan non stick pan, letak 3-4 sudu utk 1 pancake
  5. Biar sampai bubble² pd permukaan pancake tu almost takde dan keliling pancakes dah almost kering
  6. Terbalikkan pancakes lebih kurang 1 minit
  7. Sedap dimakan pns² dgn maple syrup/butter/honey
Aku buat separuh je dari adunan kat atas tu. Sedap makan ngan honey..uhuhuuuu

Basic Muesli Slices


Muesli ni teramat lah sng nak di buat. Sekejap aje dah siap. Bahan2 pun mudah nak dpt. Kalau nak beli yg ready made tu, mmg mahal lah! So, baik buat sendirik. Puas ati..hehee..

Resepi nih asal dari LG Myresipi. Tapi, aku amik dari blog Mat gebu


Basic Muesli Slices
  • 2 cawan rolled oats
  • 2 cawan cornflakes, ramas sedikit (aku guna cornflakes+ choc rice bubble)
  • 60 g campuran kekacang, dipotong kecil
  • 40 g kismis
  • 1/4 cawan coklat chip (opt)
  • 150 g mentega
  • 1 camca mentega kacang
  • 1/2 cawan madu
Cara
  1. Lenser tin leper berukuran 10 x 10 inci dengan mentega, alas dengan aluminum foil dan lenser aluminium dengan sedikit mentega juga . Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Cairkan mentega dan mentega kacang atas api sederhana, kemudian masukkan madu dan masak dengan api perlahan hingga bancuhan pekat sedikit, biarkan suam.
  3. Satukan rolled oats, cornflakes, kekacang, kismis dan coklat chip dalam satu bekas. Tuang no. 2 dan gaul hingga semua bergaul rata. Alih ke dalam tin yang telah disediakan tadi. Ratakan dan tekan biar padat sedikit.
  4. Bakar selama 30 minit. Keluarkan dari oven dan biar sejuk sepenuhnya. Masukkan dalam peti sejuk sehingga dingin. Potong2 time dah nak sejuk.
A very healthy snack. So, bule lah kunyah banyak2 tanpa rasa bersalah.hahahahah

Happy 1st birthday

Untuk sayang mama..
Arif Danial

Selamat hari lahir yg pertama!!!
Semoga menjadi anak yg soleh, anak yg taatdan berjaya dunia akhirat..

X0X0

Death by chocolate cake

I think that this is going to be my last cake for this month..
and i won't be baking any cake until December. ehehh..<--bule caya ka??



Terlalu banyak celebration bila nak sampai hujung tahun.
Start dari Oktober, birthdayAmsyar Danish..
Pastu Anniversary couple
Pastu Birthday Arif Danial pulak
Pastu Anniversary wedding
Fuhhh..kalo hidup di sponsor, bangkrup la tukang sponsor..hahahahha

So, aku rasa..stop dulu lah. Tunggu sampai Wed anniversary kami pulak December nih.
Cuma kadang2 tu..bila takde projek baking dalam sminggu, mule la kebosanan melanda.
Kena carik hobi lain nih.. [nak join hobi same macam ien lah!!]

For now..terimalah seadanya..

Death by chocolate cake.
Resepi dari mrsdayat@myresipi. [eh!!! aku lah tu...ayat poyo]

Bahan-bahan ( loyang 9" )

  • 2 cwn gula (kisar)
  • 2 cwn tepung (ayak)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 cwn koko powder
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak(sy gune butter cair)
  • 1 cwn air panas didih
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila
  • **utk ganache**
  • 2 cwn non dairy whipping cream
  • 500g cooking chocolate
  • 1/8 cwn golden syrup
  • ##utk whipped cream
  • 1 cwn non dairy whipping cream

Cara-cara

  1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
  2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
  4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
  5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
  6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam
  7. **utk ganache**
  8. dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
  9. bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
  10. tambahkan golden syrup
  11. ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
  12. ##utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
  13. kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
  14. ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit
Kek kali ni, aku guna resepi kek coklat kak izan dari myresipi. Setakat ni, aku stick to this recipe. Tersangat lah moist. Tunggu sampai jumpe resepi lain yg lebih moist.ehehhh..
Maksud yg ingin di sampaikan oleh penulis ialah..anda bebas nak guna resepi kek coklat kesukaan anda.

Ada kejadian tak diingini berlaku sebenarnye..kek ni patut di salut ngan whipped cream b4 ganache tu. Tapi, di sebabkan tak biase gune whipping cream jenis baru tu..pukul punye pukul..trus cair n takleh digunakan dah. nak menangis aku tgk. So, aku tukar lah dari whipped cream kpd SMBC. Pun sedap juge...

Kek ni dah dicuba oleh ramai org. Tak caya leh p tgk kat sini..
Ada jugak yg dah buat bisnes. So, nak tau rasanye? sendirik cube lah yer...

Kek ni patutnye buat untuk birthday Arif Danial Khamis ni, tapi xtahan lah!! Terasa bebenor nak makan kek..so, mama dulukan la yer Arif Danial..ihhiii. Nanti Arif Danial p tumpang tiup lilin umah aunty ien. keskessss


Macam nak pengsan mkn 1 slice kek.
SUPER RICH!!!